`Dengan nama Mu ya Allah, aku mati dan aku hidup.' (HR: Bukhari & Muslim)
Manakala apabila kita bangun dari tidur, kita disunatkan pula membaca doa berikut:
`Segala puji milik Allah, yang telah menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami (dalam tidur) dan hanya kepada Nya kita akan dikembalikan (sesudah mati).' (HR: Bukhari & Muslim)
Daripada maksud doa di atas, bererti kita mati untuk sementara waktu semasa kita tidur. Sungguhpun nadi kita masih bergerak, yang bermakna kita masih bernafas, roh kita masih ada pada jasad/badan kita, tetapi jiwa atau nafsun kita keluar dari badan kita mengembara ke mana-mana, mengalami pelbagai peristiwa seperti yang digambarkan di dalam mimpi kita. Jika sebelum tidur atau pada siang hari, kita mengalami tekanan perasaan, teringat-ingat atau sedang memikirkan sesuatu peristiwa, kadang kala ia terbawa-bawa ke dalam tidur sehingga termimpi-mimpikan perkara itu.
Mengikut Ustaz Dr. Abdullah Yasin, terdapat tiga jenis mimpi:
1. Mimpi daripada Allah, yang mana merupakan ilham atau petunjuk daripada Allah kepada orang-orang alim atau mukmin tertentu. Mimpi kepada Nabi merupakan wahyu daripada Allah.
2. Mimpi daripada gangguan syaitan/iblis yang meracau semasa kita tidur.
3. Mimpi yang merupakan permainan tidur, iaitu yang disebabkan ingatan kita terhadap sesuatu perkara.
Jadi, kalau kita bermimpi, yang mana satukah antara tiga jenis mimpi itu berlaku pada kita? Mengikut keadaan, pada kebiasaannya mimpi pada kita adalah permainan tidur dan ada masanya gangguan syaitan. Kita akan bermimpi tentang sesuatu yang ada kaitan dengan perkara yang sedang kita fikirkan atau yang menjadi punca stress kepada kita.
Baru-baru ni anak saya bermimpi yang saya meninggal dunia, sesuatu yang dia tidak mau hadapi. Mungkin mimpi itu berlaku disebabkan oleh timbulnya rasa stress memikirkan sesuatu peristiwa yang membawa kerisauan kepada anak saya sebagai respon kepada blog saya yang bertajuk `Kerisauan seorang anak terhadap ibunya.' Kerisauan yang dihadapinya adalah belum bersedia menghadapi kehilangan saya, ibunya, sedangkan dia masih memerlukan kehadiran saya untuk menjalani kehidupan ini. Mimpi itu adalah merupakan permainan tidur, timbul dari pemikiran liar yang bermain dimindanya.
Pada realiti, apa yang hendak dirisaukan tentang kematian, kerana ianya adalah fitrah. Setiap yang hidup pasti akan mati. Cuma kita tidak tahu bilakah ajal kita, tetapi kita mesti menerima hakikat bahawa ajal kita akan sampai bila tiba waktunya, sesaat pun tidak akan diawalkan dan sesaat pun tidak akan dilambatkan. Kita perlu menerima hakikat bahawa bila tiba masanya kita akan mati. Al Quran banyak mengingatkan kita mengenai kematian, di antaranya:
`Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa yang menghendaki ganjaran dunia, nescaya Kami berikan kepadanya ganjaran (dunia) itu, dan barang siapa menghendaki ganjaran akhirat, Kami berikan pula kepadanya ganjaran akhirat itu, dan Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.'
(Surah Ali `Imran : 145)
`Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh.'
(Surah An Nisa' : 78)
`Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami lah kamu akan dikembalikan.'
(Surah Al Anbiyaa' : 35)
`Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan.'
(Surah Al Munafiquun : 11)
Justeru itu, kita perlu bersedia untuk menghadapi kematian. Orang yang mati telah pun sampai ajalnya untuk berpindah ke alam barzakh iaitu alam penantian sehingga ke suatu hari apabial manusia dibangkitkan semula untuk dihisab segala amalan mereka. Manakala orang yang hidup perlu melaksanakan tanggung jawabnya menguruskan jenazah orang yang mati dengan: dimandikan, dikapankan, disolatkan dan didoakan, kemudian seterusnya disemadikan ditanah perkuburan.
Orang yang masih tinggal hidup perlu meneruskan kehidupan dan dalam masa yang sama beramal untuk persediaan menghadapi saat yang sama apabila tiba masanya nanti. Bagi orang yang hidup, kematian ahli keluarga atau seseorang yang disayangi adalah merupakan suatu ujian Allah untuk menguji sejauh mana ia sabar dan redha menerima ketentuan Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah terhadap kita. Di samping hendaklah sentiasa berdoa memohon keampunan di atas segala dosa-dosa kita, dan memohon limpah rahmatnya kepada kita, kedua ibu bapa kita, muslimin dan muslimat baik yang hidup mau pun yang mati, Amin.

Alangkah bertuahnya seseorang itu jika ia sudah bersedia apabila ajalnya tiba,
ReplyDeletesudah bertaubat...
cukup amalan...
meninggalkan ilmu yang bermanfaat..
meninggalkan anak yang soleh....
yang tinggal hanya rahmat Allah saja..
(ketar lutut weh!)
ma, eah mimpi tu bukan baru2 ni but 2 years back kot. dah lama dah.
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteSearch for Harrah's Cherokee Casino Resort in Murphy, North Carolina, United States. 김제 출장안마 Casino 대전광역 출장샵 Resort in Murphy, 제주도 출장마사지 North Carolina. 나주 출장마사지 Hotel Address. 777 화성 출장마사지 Casino Drive