Hari seperti biasa saya menghadiri kelas dewasa di KGPA, yang diadakan setiap hari Isnin dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas yang telah hampir 20 tahun berjalan ini dihadiri oleh kira-kira 400 jemaah yang terdiri daripada hampir 80 peratus pesara kerajaan, dan selebihnya suri-suri rumah serta pelajar institusi pengajian tinggi yang dapat meluangkan masa mengikutinya. Ada juga pekerja-pekerja swasta yang sengaja mengambil cuti atau `time-off' untuk hadir ke kelas ini. Alhamdulillah, di KGPA ini kelas berterusan, tidak ada pihak-pihak berkuasa tertentu yang `mengacau', mungkin sebab dalam Wilayah Persekutuan. Di tempat-tempat lain di Selangor, kelas yang dikendalikan oleh Yg. Bhg. Ustaz Dr. Abdullah Yasin tidak bertahan lama, kerap diserbu atau diberi amaran oleh pihak JAIS.
Ketika menjelaskan tentang konsep `Allah Bersama Makhluk', Ustaz mengingatkan jemaah mengeani Adab sesorang pada dirinya, iaitu tanggung jawab kita kepada diri kita sendiri yang sentiasa perlu diamalkan.
Terdapat lima (5) Adab pada diri sendiri, iaitu:
Terdapat lima (5) Adab pada diri sendiri, iaitu:
1. Bertaubat
Seseorang hendaklah sentiasa bertaubat, memohon keampunan daripada Allah atas kesalahan yang dilakukan, menyesali diri atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut
2. Muhasabbah diri
Seseorang hendaklah membuat penilaian atau reevaluation ke atas diri mengenai setakat masa telah melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-larangannya. apakah amal-amal kebajikan yang telah dilakukan, dan setakat manakah diri bersikap ihsan.
3. Al mujahadah
Seseorang hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadah dan kebajikan, seperti dalam usaha mencari ilmu untuk peningkatan diri.
4. Al muraqabah
Seseorang hendaklah merasa diri sentiasa diawasi oleh Allah. Oleh itu, jika dia melakukan ibadah, maka dia akan melakukan dengan khusyuk. Dia tidak akan sanggup melakukan kesalahan/kejahatan kerana dia merasa sentiasa diawasi oleh Allah dan dia akan mendapat perlindungan Allah.
5. Al muakabah
Seseorang hendaklah sentiasa menegur diri sendiri, seperti apabila melakukan sesuatu kesalahan, bertanya pada diri sendiri kenapa melakukan kesalahan itu, atau menegur diri kenapa malas hendak melakukan amal ibadah/perintah Allah dan seumpamanya.
Selama ini mungkin kita tidak pernah melaksanakan ke lima-lima adab itu pada diri kita secara sedar. Kalau ada pun yang kita lakukan, mungkin hanya satu atau dua adab dan secara tidak sedar. Oleh itu untuk menjadikan diri kita mukmin yang lebih baik maka hendaklah kita sentiasa mengamalkan adab pada diri kita itu.
No comments:
Post a Comment