Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Itulah pantun mengenai cantiknya budi dan indahnya bahasa bagi masayarakat Melayu dengan mengambil pembayangnya daripada elemen tumbuhan yang mempunyai simboliknya tersendiri dalam masyarakat Melayu. Mengikut penjelasan DBP, kundi adalah sejenis saga yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang berharga bagi seseorang. Maka kecantikan budi seseorang juga berharga pada diri individu berkenaan. Warna merah biji saga menjadikan sifatnya terang, jelas dan mudah dikenali, begitu juga keindahan bahasa Melayu menjadikan bangsa Melayu itu dikenali.
Pokok Saga Dan Bijinya
Pokok saga atau pokok tasbih (Abrus precatorius) mudah didapati di taman-taman rekreasi seperti di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, di Taman Aman, Petaling Jaya dan di kampung-kampung.
Pokok Saga di Taman Aman, Petaling Jaya |
Biji-biji saga bertaburan di bawah pokok |
Biji saga sebagai hiasan |
Vas dipenuhi biji saga |
Bagi masyarakat Melayu, biji saga dijadikan tasbih atau alat mengira ketika berzikir, dijadikan manik-manik kerana warnanya yang merah menyala dan menarik, menjadi salah satu bahan permainan traditional seperti jentik biji saga, atau diletakkan di dalam tin kecil untuk dijadikan sebagai alat muzik. Semasa dalam zaman persekolahan rendah, saya menggunakan biji-biji saga sebagai alat menghitung ketika membuat kira-kira atau matematik. Sekarang telah ada berbagai kaedah baru mengira seperti dengan menggunakan kalkulator, malah alat ini dibenarkan dibawa ke bilik darjah di peringkat sekolah menengah, maka biji-biji saga tidak diperlukan lagi sebagai alat menghitung. Biji-biji saga boleh dijadilkan bahan hiasan rumah, seperti dimasukkan ke dalam vas kaca atau botol kaca.
Mengikut maklumat di Wikipedia, biji saga mempunyai bahan yang beracun iaitu abrin tetapi tidak terlalu merbahaya (ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_saga). Biji saga juga mempunyai elemen perubatan (http://www.botanical.com/botanical/mgmh/l/liqind33.html) dan menjadi lambang cinta bagi masayarakat Cina (http://www.knowingfood.com/red/lovebean.html). Maka suatu peringatan perlulah diambil perhatian, iaitu jika biji saga dijadikan bahan hiasan rumah atau bahan permainan, maka perlulah berhati-hati supaya tidak dikutip oleh anak-anak kecil sehingga tertelan.
SAGA Jenama kereta Malaysia
Selain terkenal dalam pantun Melayu di atas, serta di popularkan pula oleh Datuk Siti Norhaliza dalam lagunya, saga juga mempunyai nostalgia tersendiri apabila digunapakai bagi jenama kereta pertama buatan Malaysia. Proton SAGA telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad pada September 1985. Nama SAGA dipilih melalui satu pertandingan yang dimenangi oleh En. Ismail Jaafar, seorang pesara tentera. Keistimewaan Proton SAGA digambarkan sebagaimana berikut:
The Proton SAGA 1.3 litre engine "is as strong as the saga seed". http://en.wikipedia.org/wiki/Proton_Saga
Proton SAGA generasi pertama yang dilancarkan pada September 1985 |
Atas dasar semangat kebangsaan dan menyokong industri automotif tempatan, salah seorang ahli keluarga saya menjadi pembeli awal Proton SAGA dengan menggunakan nombor pendaftaran Proton 744. Nombor 744 itu mengambil sempena nombor rumah ibu bapa kami, tempat di mana kami dibesarkan. Menjadi nostalgia bagi adik saya kerana Proton 744 adalah kereta sulung beliau yang baru beberapa bulan bekerja setelah tamat pengajian di Universiti. Sayangnya pemilikan kereta itu bertukar tangan apabila adik saya menukar kereta kepada yang lebih besar. Kini salah seorang anak saya menggunakan Proton SAGA generasi kedua yang dilancarkan pada Januari 2008. Proton SAGA ini mempunyai nostalgia tersendiri kerana pada mulanya dimiliki secara sewa beli melalui institusi kewangan di tempat anak saya bekerja, tetapi apabila ia bertukar tempat kerja, maka timbul pula masalah pembiayaan dan saya diminta menjadi penyelamat kepada sewabeli tersebut.
SAGA generasi kedua yang dilancarkan pada Januari 2008 |
Nostalgia Jentik Biji Saga
Biji saga membawa nostalgia tersendiri kepada saya. Semasa memikirkan jenis permainan yang saya nak adakan pada aktiviti `family day', saya teringatkan biji saga yang hampir-hampir menyebabkan saya `dropout' dari persekolahan rendah dan menengah arus perdana. Semasa saya dalam darjah empat di sekolah rendah (Tahun 1958), permainan popular di belakang bilik darjah ketika guru tidak berada di kelas adalah `Jentik biji saga'. Apa lagi, bila guru keluar kelas saja, murid-murid meluru ke belakang bilik darjah dan berselipuh dilantai berlawan jentik biji saga. Pada tahun itu, kerajaan memperkenalkan Ujian Pemilihan Murid untuk masuk ke Sekolah Rendah Pusat yang baru dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar yang `pandai'.
Selepas ujian ini, guru-guru tidak lagi bersemangat nak mengajar kerana murid-murid yang pandai akan berpindah ke sekolah pusat. Guru `ponteng' kelas, maka murid-murid pun seronoklah bermain jentik saga. Ada juga yang bermain tiup gelang getah, batu serembat, laga pecahkan biji getah dan macam-macam lagi permainan zaman kanak-kanak dahulu. Kelekaan terhadap sesuatu permainan menyebabkan murid malas belajar atau menjadi tidak minat nak belajar. Mengingatkan peristiwa dulu, saya kira sama saja keadaannya sekarang ini, apabila selesai peperiksaan, guru tidak masuk kelas, murid-murid pun `enjoy' dengan aktiviti masing-masing, cuma yang berbeza mungkin dari segi jenis aktiviti/permainan mereka. Isu ini berpanjangan dari sejak dulu dan sehingga sekarang masih belum ada penyelesaian yang berkesan. Di antara pelajar sekarang, ada pula yang leka dengan `computer game' , poteng kelas/sekolah, tidak minat belajar dan akhirnya gagal peperiksaan dan `dropout' dari sekolah.
Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke Darjah Lima di Sekolah Rendah Pusat, maka pengajian saya berterusan ke sekolah menengah. Kawan-kawan yang tidak dapat ke Sekolah Pusat, kebanyakannya gagal dalam Ujian Kemasukan Ke Sekolah Menengah yang diadakan ketika Darjah Enam. Mereka sama ada `dropout' dari alam pesekolahan atau masuk ke Sekolah Arab atau Sekolah Grammer (Persendirian). Mungkin juga jika saya gagal ke Sekolah Pusat, saya akan terus leka dengan jentik saga, dan turut menjadi `dropout'.
Saya kira anak-anak saya tidak tahu mengenai nostalgia jentik saga ini kepada diri saya. Mereka pun tidak tahu dan tidak pandai bermain `jentik biji saga' ini. Oleh itu saya ingin memperkenalkan permainan tradisonal itu dalam aktiviti `family day' dan menguji kecekapan jari-jari mereka membuat perhitungan dengan biji-biji saga.
Cara Bermain Jentik Biji Saga
Apabila saya perkenlkan kepada anak-anak dan menantu-menantu saya cara bermain jentik saga, mereka merasakan enteng/mudah saja. Sememangnya ianya nampaknya mudah, tetapi memerlukan kecekapan gerakan jari dan tumpuan mata, maka ianya menjadi susah untuk mendapatkan kutipan biji saga dan menyebabkan terbatalnya giliran seseorang. Sebelum pertandingan, saya memberi peluang kepada mereka mencubanya dahulu beberapa kali, ada peserta yang kata mudah dan ada yang kata susah.
Saya menjelaskan kepada mereka cara-cara dan peraturan bermain. Mudah saja, menaburkan biji-biji saga di lantai, kemudian mengenalpasti dua biji yang hendak dijentik dan dijadikan sasaran, menjentik salah satu daripadanya supaya mengenai sasaran yang telah dikenalpasti. Jika terkena sasran berkenaan, bolehlah mengutip salah satu daripadanya. Begitulah seterusnya sehingga terbatal giliran, iaitu apabila tidak mengenai sasaran yang dikenalpasti, atau mengenai biji saga lain, atau jentikan tidak menjadi, atau jari-jari menyentuh biji saga lain yang tak berkaitan.
Memeranjatkan saya, apabila pertandingan dijalankan mereka (peserta) gagal mendapat kutipan yang lumayan, dua peserta tidak mendapat sebarang kutipan kerana biji saga yang dijentik tidak mengenai sasaran. Masing-masing mengatakan permainan ini susah, walaupun nampak mudah kerana adanya peraturan yang membatalkan permainan. Seperti mana-mana permainan yang memerlukan kecekapan jari dan konsentrasi minda, umpamanya, `Computer game', PS3, nintendo dan lain-lain, ianya menjadi mudah apabila telah terbiasa.. Pemain menjadi ketagih, seronok dan asyik terhadap permainan itu. Itulah yang berlaku kepada saya pada zaman persekolahan rendah dulu ketika guru tiada di bilik darjah, buku entah ke mana, kerja sekolah lansung tidak ada, pergi sekolah berbekalkan biji-biji saga yang diletakkan dalam tin susu. Biji-biji saga mudah dikutip di persekitaran kawasan sekolah, tetapi sering bersaing dengan murid-murid lain.
Begitulah salah satu nostalgia zaman persekolahan rendah saya yang belum pernah saya ceritakan kepada anak-anak saya. Entri ini adalah untuk makluman mereka, agar dapat mendidik anak-anak mereka supaya tidak leka dengan `computer game' atau menonton TV (program kartun), sebaliknya memberi tumpuan kepada pelajaran, pandai membahagi masa untuk kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

Peserta menjentik biji saga |
Memilih mana satu nak dijadikan target |
Peserta cilik turut serta mengutip biji saga ke dalam botol |