Sepanjang hidup berkeluarga, sering kali ibu dan bapa mengalami kerisauan tentang anak-anaknya. Biasanya ibulah yang lebih risau berbanding bapa. Kadang kala kerisuan itu ada asasnya dan kadang kala tidak berasas sama sekali, hanya kerana terlalu mengikut perasaan dan hasutan syaitan.
Semoga dengan catitan ini anak-anak saya (terutama yang telah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri) menegerti kerisauan saya terhadap mereka semasa mereka kecil dahulu sepertimana mereka mengalaminya sekarang, risaukan anak-anak mereka..
Oleh kerana saya seorang ibu, maka saya akan menceritakan pengalaman kerisauan seorang ibu. Kita boleh nampak adanya kerisauan di kalangan bapa, tetapi. tidak dapat disamakan perasaannya dengan ibu. Hanya kaum bapa yang dapat menceritakannya dengan lebih baik perasaan mereka. Seseorang tidak mengetahui betapa kerisauan ibu bapa kita terhadap kita dahulu, melainkan setelah kita sendiri menjadi ibu dan bapa. Itulah pengalaman berharga yang tidak dapat dilakonkan melainkan mengalaminya sendiri.
Semoga dengan catitan ini anak-anak saya (terutama yang telah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri) menegerti kerisauan saya terhadap mereka semasa mereka kecil dahulu sepertimana mereka mengalaminya sekarang, risaukan anak-anak mereka..
Semasa mula mendirikan rumah tangga, pasangan menghadapi masa kritikal untuk menyesuaikan diri antara satu sama lain dalam kehidupan berumahtangga dan dengan keluarga kedua-dua belah pihak, belajar bertolak ansur dan bertolerensi, hormat menghormati di samping memadu cinta asmara memenuhi naluri kemanusiaan serta berkasih sayang demi memantapkan ikatan perkahwinan.
Masa Mengandung
Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan. Kemudian pasangan akan merancang untuk melahirkan zuriat demi kelangsungan keluarga dan keturunan. Kadang kala tak sempat merancang pun, ada yang terus terperangkap dengan apa yang dinamakan bunting pelamin. Bermula saja si ibu mengandungkan anak sulung, maka bermula pulalah kerisaun ibu terhadap anaknya yang bakal lahir.
Begitulah seterusnya setiap kali mengandungkan anak, walaupun gembira dan bersyukur dengan kurniaan Allah, ibu pasti risaukan tentang dirinya yang mengalami `morning sickness’, tiada selera makan, mabuk-mabuk, mengidam/inginkan itu/ini, dan kadang kala `allergic’ pula terhadap suami.
Dalam keterujaan inginkan cahayamata, si ibu pasti risaukan tentang pelbagai perkara seperti: bagaimanakah keadaan janin/anak yang di kandungan sama ada sempurna, sihat, comel, ikut wajah siapa, lelaki atau perempuan, susah ke nak bersalin, mampukah mendapat rawatan terbaik ketika bersalin dan pelbagai lagi punca kerisauan.
Si ibu juga risau akan perubahan bentuk badan yang dulunya lansing menjadi pjk (perut jalan kedepan), adakah masih menawan pada pandangan suami dan pelbagai lagi. Pemeriksaan kesihatan perlu sentiasa diadakan, dan persediaan untuk proses kelahiran perlu dilakukan, baik dari segi fizikal, mental maupun emosi. Semua ini memerlukan kesabaran, banyak berdoa untuk mendapatkan kurniaan terbaik daripada Allah dan bertawakkal kepada ketentuan Allah.
Kelahiran Anak
Apabila tiba masanya, tentu sekali ibu bapa amat gembira menyambut kelahiran anaknya ke dunia. Persiapan tentunya telah dibuat dengan rapi dengan keperluan bayi lengkap disediakan, bahan-bahan untuk perawatan dan penjagaan ibu juga tersedia. Bayi disambut dengan azan dan iqamah, kemudian ditahnikkan (belah mulut), diberi nama, ditahliqkan (cukur rambut), dan diaqiqahkan. Ini adalah di antara sunnah Rasulullah ketika menyambut bayi.
Dalam keterujaan dan kegembiraan menimang cahayamata itu, kerisaun ibu berterusan wujud. Tiada siapa yang dapat menafikan ini. Di antaranya risau akan kesihatan bayi terutama apabila bayi diserang kekuningan, nappy rash, bayi menangis kerana kolik dan sebagainya, manakala ibu pula tidak dapat tidur dan rehat secukupnya.
Saya sendiri mengalami trauma bayi kolik, menangis pada waktu malam selama 3 bulan pertama dan memaksa saya tidak dapat tidur pada waktu malam sedangkan dalam tempuh itu kita memerlukan rehat yang cukup. Pelbagai usaha dilakukan seperti meletakkan minyak telon, menukar susu (dengan anggapan susu badan tidak sesuai), mengelap badan bayu, dan lain-lain. Sehingga pada suatu ketika, perkara kurafat juga dilakukan oleh ibu saya kononnya untuk menghalau iblis yang merasuk bayi itu. Semoga Allah telah mengampuni dosa beliau.
Kami juga membawa bayi berjumpa doktor, tapi kata doktor tak ada apa-apa, bayi akan menangis selama tempoh pantang atau mungkin selama 3 bulan. Memang betul pun bayi itu menangis selama 3 bulan. Bayi hanya ingin diriba bila tidur malam, seolah-olah tidak mahu ditinggalkan dan kalau boleh barangkali ingin kembali berada di dalam perut ibu.
Apabila masalah ini berlaku, kerisauan bertokok tambah dengan menganggap orang lain terutama si bapa tidak membantu dan mementingkan diri sendiri kerana mereka sedap-sedap tidur, sedangkan kita terhingguk-hingguk meriba bayi yang akan menangis sekeras-kerasnya apabila diletakkan ke tempat tidur. Hanya kesabaran yang menjadi pengubat jiwa pada masa itu.
Saya juga pernah mengalami situasi bayi ditinggalkan dihospital di bawah jagaan doktor pakar kanak-kanak dan stafnya kerana bayi mengalami masaalah lemah sebelah lengan, kerana tersekat ketika dilahirkan secara meyongsang dan juga tidak cukup bulan. Bayi diletakkan dalam inkubator selama beberapa hari. Selain dari anak saya tidak dapat menyusu badan, saya juga risaukan keadaan lengan/tangannya sama ada akan pulih normal seperti bayi lain atau akan mengalami kecacatan. Apa yang mampu dibuat hanya berdoa agar bayi pulih dan sihat, serta bertawakkal kepada Allah akan kehendaknya.
Si ibu juga akan risaukan perkara-perkara lain yang akan dihadapi selepas selesai tempoh berpantang umpamanya, siapa yang akan menjaganya nanti apabila balik bekerja semula, mampukah nak menyusukan anak dengan susu badan selama 2 tahun seperti yang disarankan dalam al Quran, bersediakah nak tinggalkan anak kepada orang lain untuk menjaganya (kerana rasa tak sampai hati sebab terlalu sayangkan anak), bagaimana nak mengembalikan bentuk badan kepada figura sebelum mengandung dan sebagainya. Itulah cabaran yang dihadapi oleh ibu-ibu muda di awal perkahwinan mereka.
Pelbagai usaha dilakukan, mereka yang sabar dapat meneruskan kehidupan yang harmoni dan mengatasi segala kerisauan secara berhikmah bagi memastikan kebahgiaan dan kesejahteraan keluarga. Ini adalah proses semula jadi atau sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai ujian kepada ibu-ibu. Kita perlu banyak bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan (izin) Allah. Kesabaran adalah kunci kebahgiaan.
Pelbagai usaha dilakukan, mereka yang sabar dapat meneruskan kehidupan yang harmoni dan mengatasi segala kerisauan secara berhikmah bagi memastikan kebahgiaan dan kesejahteraan keluarga. Ini adalah proses semula jadi atau sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai ujian kepada ibu-ibu. Kita perlu banyak bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan, melainkan dengan (izin) Allah. Kesabaran adalah kunci kebahgiaan.