Mengadakan perjumpaan/percutian/hari keluaraga merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Pada Disember 2008, famili2748 telah mengadakan percutian keluarga di Summerset Resort Hotels & Villas, di Rompin, Pahang, selama 3 hari 2 malam. Lapan buah bilik ditempah untuk menempatkan ahli-ahli keluarga 2748.
Pelbagai aktiviti diadakan untuk memenuhi masa selama percutian tersebut, meliputi: sesi bergambar keluarga pada petang hari pertama, tazkirah dan bacaan Yasin pada malamnya, pertandingan sukan rakyat/permainan pada hari kedua, BBQ dinner dan quiz (menggantikan kaoroke) pada malamnya, serta penyampaian cenderamata kepada pemenang-pemenang. Semua ahli mendapat hadiah masing-masing sebagai menghargai penyertaan setiap ahli. Pada hari ketiga, masing-msing berpeluang berendam dalam kolam renang di Resort tersebut. Hasrat untuk berendam air laut terpaksa dibatalkan kerana ombak kuat, musim tengkujuh telah bermula.
Walau pun penat dek jauhnya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rompin, tetapi masing-masing berpuas hati dan enjoy dengan aktiviti-aktiviti percutian kelaurga ini. Banyak perkara yang dipelajari oleh setiap ahli keluarga, di antaranya ialah: tidak mudah hendak mengaturkan (organise) percutian keluarga seperti juga mengatur `outing’ atau `retreat’ sesebuah organisasi, perlu ada perancangan yang rapi baik dari segi logistik maupun dari segi pengisian program.
Pengisian program pula tidaklah semata-mata untuk bersuka ria, tetapi hendaklah ada elemen-elemen memperkayakan pengetahuan, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, memantapkan keyakinan diri, kerjasama dan tolerensi. Alhamdulillah ada salah seorang ahli keluarga yang cekap merancang, mengurus dari aspek logistik dan menyusun aturcara/iternari program.
Bermain pasir membina logo resort mengikut imaginasi
Pertandingan bola cadar
Bersorak tanda kemenangan
Album Famili
Percutian Keluarga 2009 pula diadakan pada Ahad 13 Disember. Destinasi pada kali ini adalah GT Villa, Janda Baik, Pahang. Kalau pada tahun lepas kami menikmati keindahan pantai, laut dan ombak, maka pada tahun ini, kami menikmati keindahan hutan, sungai dan alirannya.
GT Villa dipunyai oleh sahabat karib kami, merupakan sebuah rumah bunglo yang terletak dalam sebuah kebun buah-buahan seluas tiga ekar yang bersempdankan sungai di bahagian hadapan bunglo tersebut. Suasana nyaman dengan tumbuhan menghijau di sekelilingnya, disertai irama merdu unggas dan air sungai yang mengalir. Sebuah gazebo dibina khas oleh tuan punya GT Villa di tepi sungai sebagai tempat berkumpul, makan-makan dan lepak-lepak. Di situ disediakan kerusi, meja hidangan, dapur untuk memasak dan tempat membakar BBQ. Tempat ini biasa juga digunakan oleh beberapa organisasi seperti Petronas, MAS dan lain-lain mengadakan Hari Keluarga dan sebagainya.
Pengisian program hari keluarga kami pada kali ini meliputi: sarapan pagi, aktiviti pertandingan/permainan rakyat, BBQ lunch, dan mandi-manda di sungai, di samping beramah mesra dengan keluarga tuan punya GT Villa. Tuan punya GT Villa juga mempunyai sepasang kuda peliharaan yang jinak. Kanak-kanak amat teruja hendak memberi makan kuda serta melihat `show’ yang dikendalikan oleh tuan punya kuda itu.
Beri makan kuda dengan karot
Bersorak melihat kehadiran kuda
Game `Tangkap belon'
Ni lah main `stik mata'
Buai laju-laju
Seronoknya mandi manda
Hadiah kepada pemenang
Famili 2748 dengan pemilik GT VIlla
Terima kasih daun keladi, lain kali kami datang lagi!
Keindahan flora
Kami meninggalkan GT Villa setelah solat asar pada kira-kira jam 5.30 petang dengan rasa penuh kesyukuran dan kepuasan, serta kenangan manis berinteraksi dengan alam semualajadi, hutan, flora dan fauna, sungai dan aliran airnya.
Insya Allah kami akan berkunjung semula menikmati keindahan alam semula jadi dipersekitaran GT Villa dan Janda Baik yang masih terpelihara keasliannya.
Iri hati pulak, orang seronok keluarga besar. Tak tahu Rompin ada tempat hebat untuk santai.
ReplyDeleteTu lah tak tenguk iklan cuti-cuti Malaysia, banyak tempat menarik dalam negara sendiri. Jangan jelous, masing-masing ada kelebihan tertentu.
ReplyDelete