Kebelakangan ni saya cuba menghidupkan semula rutin di pagi hari minggu yang dah agak lama tertangguh, iaitu beriadah di taman-taman rekreasi sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Pada kebanyakan hari ahad, suami bermain golf, jadi tiadalah teman nak diajak menjelajahi taman-taman tersebut, hanya sekali sekala saja dapat berbuat demikian jika dia mengubah jadual main golfnya. Kalau pada hari-hari biasa, saya ke Taman Aman, Petaling Jaya yang tidak jauh dari rumah untuk turut serta dengan nyonya-nyonya Cina melakukan senaman tai chi, manakala pada hari minggu pula saya jelajah taman-taman rekreasi lain untuk mengubah selera menikmati suasana persekitaran alam semula jadi, pemandangan dan landskap yang berbeza di taman-taman rekreasi tersebut.
Kebanyakan taman rekreasi mempunyai kemudahan untuk beriadah seperti ruang/padang untuk aktiviti seperti tai chi dan seumpamanya, tempat permainan kanak-kanak, trek jogging / berjalan kaki, bangku-bangku tempat duduk untuk istirahat, gelanggang bola keranjang, sepak takraw dan sebagainya. Ada di antara taman rekreasi direkabentuk supaya mengandungi elemen-elemen yang boleh melahirkan suasana therapeutic di mana persekitaran dan landskapnya memenuhi keperluan fizikal, psaikologi, sosial dan spiritual para pengunjungnya. Taman-taman tersebut mempunyai tasik, aliran sungai buatan dengan susunan batu-batu yang membentuk air terjun kecil di mana bunyi aliran air itu sungguh menenangkan dan suasananya menyamankan, disertai dengan tanaman pokok-pokok bunga dan pokok-pokok renek yang disusun sebegitu rupa mengikut konsep tertentu arkitek lanskaps taman berkenaan.
Meluangkan masa di luar rumah di taman-taman rekreasi dalam persekitaran alam semula jadi, boleh memberi kesan positif kepada emosi pengunjungnya, memberi ketenangan, mengurangkan stress, menurunkan tekanan darah, serta meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar (sebagaimana tercatit dalam Wkipedia),
`Access to nature balances circadian rhythms, lowers blood pressure, reduces stress and increases absorption of Vitamin D. Nature has been shown to be beneficial for our overall health and well-being. We are all connected to nature and it is important to maintain this vital connection for our health and well-being, which is described in the work ‘The Biophilia Hypothesis’ by Edward O. Wilson[2].'
Jadi, untuk meningkatkan tahap kesihatan, adalah baik kita beriadah di luar rumah, di taman-taman rekreasi terutama yang mengandungi elemen dan suasana therapeutik. Pihak kerajaan membelanjakan berjuta ringgit untuk mengadakan taman-taman tersebut supaya kita memanfaatkannya, tambahan pula kita adalah pembayar cukai yang mana sebahagian hasil kutipannya adalah digunakan untuk tujuan penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut. Dengan itu, kita dapat memperbaiki tahap kesihatan serta mengurangkan kos perubatan yang disebabkan oleh penyakit-penyakit seperti stress, darah tinggi, lemah jantung, dan seumpamanya.
Rata-rata pada taman-taman yang saya kunjungi, kebanyakan pengunjung adalah bukan dari kalangan orang Melayu (Islam). Kaum-kaum lain nampaknya lebih mengambil manfaat daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan, juga mereka lebih mengambil berat menjaga tahap kesihatan mereka. Agaknya pada hujung minggu apa yang dilakukan oleh warga Islam kita selepas subuh? Alhamdulillah, jika turut mengikuti kuliah subuh, dapat menambahkan ilmu.
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Rata-rata pada taman-taman yang saya kunjungi, kebanyakan pengunjung adalah bukan dari kalangan orang Melayu (Islam). Kaum-kaum lain nampaknya lebih mengambil manfaat daripada kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan, juga mereka lebih mengambil berat menjaga tahap kesihatan mereka. Agaknya pada hujung minggu apa yang dilakukan oleh warga Islam kita selepas subuh? Alhamdulillah, jika turut mengikuti kuliah subuh, dapat menambahkan ilmu.
Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur
Bersantai di batuan sungai menikmati nyanyian aliran air terjun buatan. |
Istirehat di pondok panjat pokok |
`Castle' untuk kanak-kanak panjat & lunsur |
Cu Na menemani Nadhrah mengayun buaian pusing |
Merah menwan si balung ayam |
Taman KLCC
`Mengangkat' KLCC dari padang pada Taman KLCC |
Berhenti menghilangkan dahaga di gazebo air `tonggeng' |
`Subhanallah` - Suasana dan pemandangan yang menyamankan |
Trek pejalan kaki yang luas |
Senaman pagi oleh `One Malaysia` |
Taman permainan kanak-kanak |
Kolam dan pancuran air untuk mandi-mandi |
Suatu sudut di Taman KLCC |
`Cool` - Gazebo di naungi pokok-pokok menjalar |
`Siapakah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langituntuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu kebun-kebun yang inbdah pemandangannya, yang kamu tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang mushrik itu) adalah kaum yang menyeleweng daripada kebenaran (tauhid)
(Surah Al-Naml, 27 : 60)