Sunday, January 10, 2010

Kerisauan Seorang Anak Terhadap Ibu?

Sebagaimana biasa, malam tadi, malam minggu kami mengadakan tadabbur al Quran, kali ini di rumah salah seorang anak kami di D`Rimba.  Ini merupakan format baru bagi tahun 2010, iaitu bergilir rumah supaya setiap rumah dan keluarga mereka mendapat keberkatan dari majlis ilmu dan bacaan al Quran itu.

Ketika bercerita, saya memberi tahu anak bungsu saya bahawa baru-baru ini saya ada menemui kawan saya yang merupakan nenek kepada salah seorang rakannya. Saya bertanya khabar tentang rakan anak saya itu dan dia memaklumkan yang cucunya itu sedang belajar di sebuah universiti di Cyberjaya, tidak  pun pergi ke luar negara. 

Rupa-rupanya anak saya dah tahu perkara ini.  Katanya ia pernah beberapa kali dah beri tahu saya, tapi malangnya saya tidak ingat pun.  Jadi anak-anak saya kata, `Apalah mama ni, dah jadi pelupa ke?'  Ya! mungkin ingatan dah makin merosot kot, terutama tentang perkara, peristiwa/ atau pelajaran baru.  Umur dah meningkat, barangkali ingatan pun makin merosot.  Mereka gelakkan saya.  Anak bongsu saya itu menyuruh kakaknya menulis di blognya, mengenai : `Kerisauan seorang anak terhadap ibunya', iaitu tentang ibunya yang dah mula jadi pelupa barang kali. 

Alhamdulillah, nampaknya mereka prihatin terhadap saya, ibu mereka.  Mereka sedar akan kemampuan ibu mereka yang semakin berkuranga dan semakin berusia, dengan itu tidaklah boleh terlalu sangat bergantung kepada ibu, mengharapkan ibu dapat memberi khidmat kepada mereka secekap dahulu.  Sebaliknya mereka lah pulak yang sepatutnya mesti memberi khidmat dan menjaga kebajikan ibu mereka.

Baru saya sedar, agaknya itulah sebabnya susah sangat nak ingat kaedah-kaedah tata Bahasa Arab al Quran yang dipelajari di kelas harfiah.  Dah lah susah nak faham, susah juga nak ingat term-term dalam Bahasa Arab yang dipelajari. Hati kadang-kadang tak nak mengaku dah jadi pelupa (sebab nanti dikatakan nyanyuk).  Jadi bila kena soal di kelas, sedangkan jawapan sebenar saya tak tahu, saya kata sajalah sebabnya tak faham sangat, bukan sebab tak ingat.  Tak faham tu sebab susah nak faham, manakala tak ingat tu sebab dah jadi pelupa.  Masa diterangkan memang dah faham, siap dengan nota diberikan.  Tapi bila disoal, tak faham pulak.  Sebenarnya, dah lupa.

Mungkin jugak sebab kurang mengulang kaji dan kurang cuba mengasah otak untuk mengingatkan pelajaran itu maka jadilah mudah lupa.  Belajar dewasa tidaklah seperti zaman belajar untuk exam pada waktu muda dulu (di sekolah atau di universiti), bersungguh menghafal dan mentelaah supaya lulus exam.

Barang kali dah tiba masanya saya perlu kurangkan aktiviti otak memikirkan hal anak-anak dan risaukan mereka, sebab ini banyak mengambil tenaga saya dari mengingati ilmu memahami al Quran.  Tiba masanya anak-anak pula  perlu menyenangkan hati ibu dan mengurangkan isu-isu yang menimbulkan kerisauan ibu. 

Walau macam mana sekalipun ibu cuba tidak mahu memikirkan hal anak-anak, tetapi kerana fitrah dan kasih sayang seorang ibu, ia akan sentiasa mengambil tahu keadaan anak-anaknya dan sedikit sebanyak akan memikirkannya.  Saya tunggu apa anak saya nak tulis pasal kerisauan seorang anak pada ibunya.

3 comments:

  1. Salam. Saya dah melalui zaman jaga orang tua yang benar-benar pelupa. maka saya tahu you amat jauh dari peringkat itu. Cuma kita ingat boleh defend kekurangan kita dengan kata kita mungkin dah pelupa.
    Pasal fikir anak, setuju itu fitrah ibu. Tak silap ada uastaz kata "kewajipan" ibu atas anak tiada sudahnya. Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Kurangkan masalah lupa tu dengan memakan makanan yang bernutrisi, terutama sekali yang boleh memberi nutrisi kepada sel-sel badan & otak kita supaya sentiasa sihat... Herbalife Cellular Nutrition (patented lagi!). ;)

    ReplyDelete
  3. sebenarnya seperti mana ibu risau tentang anak-anaknya.....anak-anak pun risau juga dengan ibubapanya......duduk dekat atau jauh.......aku ingin pulang.........

    ReplyDelete