Terpaksa Berkahwin
Inda terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Indawan, walaupun belum ada rasa cinta terhadap isterinya. Kesabaran menjadi pengubat jiwa, dan secara beransur-ansur berusaha memupuk cinta dan kasih sayang terhadap isteri. Dalam masa yang sama pasrah menerima hakikat bahawa jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah. Tentu ada hikmahnya apa yang telah diatur oleh Allah ke atas hamba-hambanya.
Semasa berkahwin, Inda tidak mempunyai pekerjaan tetap. Mengikut Indawan, untuk menyara keluarga, Inda berniaga dengan mengembara ke negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis dan Kedah, membawa barang-barang dagangan seperti batik dan barang tembaga. Mungkin juga Inda membawa diri untuk belajar memupuk rasa cinta terhadap isteri dan merasai betapa rindunya ketika berjauhan dengan isteri. Barangkali juga untuk menguji sejauhmana benarnya bidalan orang tua-tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Inda tidak begitu teruja menyambut kelahiran anak pertama, mungkin belum begitu bersedia untuk mempunyai anak, kerana belum mempunyai pekerjaan tetap, ekonomi belum begitu kukuh, dan kehidupan pada masa itu agak susah. Atau mungkin juga belum begitu terbina kemesraan dan perasaan kasih sayang terhadap isteri. Oleh kerana mereka tiada pengalaman percintaan sebelum berkahwin, maka proses penyesuaian untuk memupuk rasa cinta antara mereka mungkin mengambil sedikit masa.

Memupuk cinta selepas berkahwin
Kebanyakan anak muda sekarang menganggap kolot bila ibu bapa mereka hendak mencari atau mencadangkan jodoh untuk mereka. Bagi mereka, kalau belum bercinta macam mana nak kahwin, tentulah tak bahagia. Mereka beranggapan bercinta dahulu, barulah berkahwin akan menjamin kebahagiaan hidup dalam alam berumah tangga. Anggapan ini tidak semestinya benar, kerana ramai pasangan yang bercinta bagaikan nak rak sebelum berkahwin, tetapi selepas beberapa bulan saja, rumah tangga bergelora dan akhirnya bercerai.
Apa yang penting bagi satu-satu pasangan itu adalah menerima seadanya pasangannya, banyak bertolak ansur, memahami antara satu dengan lain, tidak mencari salah di antara mereka, sedia berkorban untuk pasangan dan banyak bersabar menghadapi kerenah pasangan. Barangkali itulah yang dialami oleh Inda dan Indawan. Mereka berusaha untuk memupuk kasih sayang dalam kehidupan rumah tangga mereka.
Semasa kelahiran anak kedua mereka, Inda masih tidak mempunyai pekerjaan. Dalam daftar kelahiran anak pertama, pekerjaan Inda adalah berniaga, manakala dalam daftar kelahiran anak kedua, kerjaya Inda bertukar kepada bertukang kayu. Ini menunjukkan betapa sukarnya kehidupan mereka pada ketika itu. Semasa kelahiran anak ketiga, kerjaya Inda agak lebih stabil, bergaji tetap walaupun rendah tetapi boleh merancang perbelanjaan keluarga.
Inda diterima sebagai guru agama di sekolah agama kelolaan kerajaan negeri dan ditempatkan di sebuah kampung yang agak terpencil pada zaman itu. Inda membawa keluarganya berpindah ke sana. Sungguhpun bergaji tetap tetapi kehidupan di kampung terpencil itu agak sukar kerana kurang kemudahan asas. Namun sebagai guru agama, Inda dihormati di kampung itu. Jika musim buah-buahn seperti durian, buka saja pintu rumah dah berlonggok durian di beranda rumah. Sayuran juga sentiasa ada dihadiahkan oleh orang kampung, termasuklah petai sedangkan Inda dan Indawan tidak makan petai. Begitulah akhlak orang kampung, menghormati guru dan tidak loket memberi.

Mengalami Musibah
Mengikut kata Indawan, walaupun dah ada 3 orang anak, Inda masih tidak begitu mesra melayani anak-anaknya. Tak tahulah, sama ada Inda tidak pandai melayani anak-anak kecil, atau rasa kasihkan anak-anak belum begitu mendalam. Tapi yang jelas kata Indawan, Inda tidak berani nak mengangkat atau mengendung bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil yang berumur beberapa bulan. Sikap Inda pada masa itu seolah-olah tidak sukakan kanak-kanak.
Dalam kehidupan berkeluarga sering berlaku peristiwa yang menguji keharmonian rumah tangga dan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga. Begitulah yang berlaku kepada Inda dan Indawan. Kehidupan yang sukar dengan kekurangan kemudahan asas di perkampungan terpencil itu merupakan satu ujian bagi mereka. Anak sulung mereka mengalami demam panas, tidak mendapat rawatan yang sempurna dan meninggal dunia ketika berumur 4 tahun. Dua bulan kemudian anak ketiga pula meninggal dunia. Kesedihan bertimpa-timpa dialami oleh Inda dan Indawan, dua orang anak berturut-turut meninggalkan mereka. Begitu berat ujian Allah terhadap oleh mereka. Dalam masa yang sama, anak kedua juga turut mengalami demam panas dan kemudiannya beberapa penyakit lain yang dihidapinya satu persatu dalam tempuh membesarnya. Namun umurnya masih panjang untuk menjadi penghibur dan pengikat kasih kepada keluarga ini.
Merancang Untuk Kebahgiaan Keluarga
Selepas musibah yang menimpa itu, Inda seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang. Mengikut kata Indawan, barangkali dia merasa selama ini dia tidak begitu menghargai kurniaan Allah atas nikmat kehidupan berkeluraga sehingga Allah menarik balik kurniaanNya daripada mereka. Walaupun dia melaksanakan tugas dan tanggung jawab terhadap keluarganya, tetapi kemesraan dan cakna terhadap anak-anak mungkin tidak begitu bersungguh. Selepas `tersedar', Inda ingin memenuhi apa yang telah terlepas dari perhatian atau caknanya sebelum itu terhadap anak-anaknya. Inda sangat mengambil berat dan menyayangi anak kedua yang masih dipanjangkan umurnya oleh Allah. Dalam tempuh anak kedua ini menjadi anak tunggal dalam keluarga, maka perhatian Inda sepenuhnya kepada anak ini, dimanja dan dilayani dengan sebaik-baiknya. Anak ini diajar mengenal huruf sehingga tahu membaca pada umur yang masih muda (4 tahunu). Anak ini juga dimasukkan ke sekolah awal setahun daripada umur biasa kanak-kanak bersekolah. Pada umur itu, anak ini dilatih menyampaikan pidato di hadapan khlayak ramai ketika hari terbuka/penyampaian hadiah. Begitulah usaha seorang bapa mendidik, membentuk peribadi dan akhlak, mencungkil bakat, membina potensi, dan memotivasikan diri anaknya itu. Usaha ini dilakukan oleh Inda untuk memastikan anak pertama dalam kelaurga itu di didik sebaiknya supaya berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik yang lain.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan kehormonian ke atas keluarga ini. Inda mula merancang membina rumah untuk menempatkan keluarga bahgianya. Walau bagaimana pun perancangan ini tertunda sehinggalah Inda ditukarkan kembali berkhidmat tidak jauh dari kampung halamannya. Selama beberapa tahun Inda, terpaksa berulang alik ke sekolah dengan mengayuh basikal sejauh kira-kira 7km, kemudian menyeberangi sungai dengan feri dan mengayuh basikal sejauh kira-kira 5km lagi. Berkat jimat cermat itu, akhirnya Inda berjaya membina rumah yang comel untuk keluarganya. Pada ketika ini bilangan anak telah bertambah kepada 5 orang, maka berpindahlah kami kerumah baru setelah beberapa tahun menumpang dirumah ibu angkat Indawan.
Setelah berpindah ke rumah baru, beberapa tahun berikutnya, Inda menjadi `suami dan bapa pada hujung minggu' kerana ditukarkan bertugas di daerah lain. Keluarga tidak di bawa berpindah ke daerah berkenaan kerana anak-anak sedang bersekolah dan ada yang berada di sekolah menengah. Indawan akan membekalkan Inda dengan lauk-lauk yang siap dimasak untuk tempuh 5 hari berada di daerah berkenaan, manakala Inda akan masak nasi sendiri. Begitulah pengorbanan seorang bapa untuk kebahagiaan dan keharmonian keluarganya.
Setiap dua tahun, Inda dan Indawan dikurniakan cahaya mata sehingga ke anak kesepuluh. Semasa kelahiran anak keenam, sekali lagi Inda dan Indawan diuji. Anak itu diambil kembali oleh Allah sebelum dilahirkan. Namun, Allah mengurniakan 2 lagi anak kepada keluarga ini menjadikan bilangan anak yang ada kepada 7 orang. Inda dan Indawan tetap bersyukur dengan 5 orang anak perempuan dan 2 orang anak lelaki yang menjadi penghibur dan pengikat kasih sayang antara mereka berdua.
Memajukan Diri : Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Inda teguh dengan cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia tidak berpuas hati dengan sekadar menjadi guru agama di bawah tadbiran Kerajaan Kegeri. Justru bila ada peluang untuk membuat pilihan (option) kepada guru di bawah tadbiran Kerajaan Persekutuan (Kementerian Pelajaran), Inda telah bersedia dengan Sijil Pelajaran Malaysia. Inda mengambil peperiksaan Ujian Kelayakan iaitu untuk mata Pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik pada ketika anak pertamanya mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selain dari belajar melalui buku, Inda mendapat tuition dari anaknya itu dalam mata pelajaran matematik.
Pada ketika anaknya itu mengambil Sijil Tinggi Persekolahan, Inda pula mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah, Inda berjaya mendapat Pangkat 3 dengan kredit yang cukup bagi melayakkannya memilih option menjadi guru di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran. Semasa anaknya belajar di Universiti, Inda pula berulang alik ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, menghadiri kursus perguruan semasa cuti untuk membolehkannya mendapat Sijil perguruan dan layak menjadi guru terlatih keluaran Maktab Perguruan. Namun cita-cita Inda untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak kesampaian kerana umur yang semakin meningkat dan tumpuan juga perlu diberikan kepada anak-anak yang sedang bersekolah menengah dan mereka juga sedang meniti laluan untuk ke peringkat universiti. Begitulah pengorbanan seorang bapa untuk memastikan anak-anaknya mendapat peluang terbaik dalam pendidikan.
(Bersambung)
mcm tak habis je..sambung la lagi kisah ni,
ReplyDelete